• Home
  • The Author
  • Hair Care
    • Kundal Shampoo Review
    • Lucido-L Argan Rich Oil Review
  • Travel
    • Bukit Berembun, Terengganu
    • Pulau Langkawi, Kedah

byfhnumar

Assalamualaikum


Entry kali ni aku cerita pasal hiking CBL tahun lepas. CBL antara gunung yang cantik kat Malaysia ni. Gunung kat sini banyak sungai yang cantik-cantik. Pencinta nature for sure suka hiking kat sini. CBL ni gunung yang first aku hike dan dari sini la aku terdedah dengan dunia hiking :') Lepastu melarat la after gunung ni..gunung tu pulak..haha Okay siap intro meh aku cerita perjalanan hiking, tips and apa-apa ja yang aku ingat. Haha



Day 1, 17 Sept 2015

Sebelum hiking, kami semua isi perut dulu dekat kedai makan kat base tu. Isi perut kenyang-kenyang terus start hike after Zohor. Bagi newbie macam aku time tu aku teruja sangat sebab tak pernah masuk hutan :') Jalan..jalan..jalan lagi sampai la dekat first air terjun tinggi tu. Subhanallah lawa betoi 

Air Terjun CBL

Sampai sini kami semua rest-rest jap, ambik gambaq apa semua dan teruskan perjalanan. Sebelum nak sampai basecamp tu kena lalu Bukit Taubat dulu. Allahhh mencanak ha naik! Memang kena guna tali. Kena hati-hati kalau dak tergolek la kau nakkk haha. Jalan lagi sampai lah ke first basecamp iaitu Kem Balak. Sampai pon dah nak dekat Maghrib. Kami bermalam dekat sini. Dekat kem balak ni ada sungai. Sungai jernih, sejuk, anak ikan banyak..TERBAEKK


Day 2, 18 Sept 2016

Pagi-pagi lagi dah bangun solat, mandi hmmmm sejuk sangat kira halal la hahaha After breakfast apa semua, teruskan lagi perjalanan nak ke Bukit Berembun. Tanda-tanda nak sampai peak, kita mesti jumpa pokok bonzai dulu. Tak tau bonzai macam mana? ni haa

Pokok bonzai hoii haha

Dah jumpa pokok bonzai for sure tak lama lepas tu kita akan jumpa peak Berembun. Tadaaa


Signboard ni sentiasa tunggu hampa..cepattttt !

Sampai peak Berembun kita jalan lagi pi dekat puncak air terjun Langsir. Sebelum sampai langsir jumpa dulu air terjun best-best. air terjun Jeram Lesung superb betoi. Allahh memang terbaik. Penat-penat bawak loads, penat jalan memang terubat bila jumpa air terjun ni. Apa lagi jom terjunnn !


Air Terjun Jeram Lesung

Dekat Jeram Lesung ni ada satu lubang macam kolam. Try la mandi situ. Guider cabar aku selam ke bawah ambek batu besaq. Aku try tapi mesti aku timbul balik sebab air tu lonjak keatas. hahahhaa kita memang takkan tenggelam tapi takut gak dekat bawah gelap(kalau bukak mata sambil selam nampak la gelap tu) hahaha. 


Puas mandi jalan sikit ja sampai puncak air terjun Langsir. Kat sini kami pacak khemah. Malam tu kami semua berkumpul cerita sejarah-sejarah CBL ni. Guider cerita sejarah Langsir tu. Sebenarnya bukan nama langsir pon. Actually Langsuir >< Sebab dulu memang benda tu berterbangan dekat situ. Dari kes ni la wujudnya nama tu. Macam mana pon kita as muslim kena sentiasa baca ayat pelindung diri. Penting tu. Jangan ingat nak seronok aje yee..


View Air Terjun Langsir..ni kuasa edit ni. Kalau depan mata memang terkesima 


Tidur sini memang sejuk sangattttt yak amatttt. Jangan lupa bawak baju tebal. Bagi gurls kita mudah kena symptom apa entah istilah dia..tak ingat. Symptom cepat kena sejuk. So pesanan dari aku JANGAN mandi waktu maghrib. Nanti tengah malam akan terjaga dan menggigil satu badan! Stokin kalau boleh banyak lapis pon tak pa. Tutup kepala dengan kain atau towel. Kalau ada sleeping bag dak ape dohhh. Take care yaa


Day 3, 19 Sept 2015

Last day pagi-pagi lagi kami dah start jalan. Time turun ni la nanti akan jumpa sungai yang viral sangat tu. Sungai Bangan. Orang Tranung panggil Sungai Bangang :D Dekat sini jangan la sampai-sampai terus terjun! take time dulu 5-10 minit, baru la terjun. Sebabnya air dia sejuk sangatttt. Badan kita kan peluh-peluh, penat lagi jangan terus terjun yaa. Nanti takut kita yang bengong kejap haha Enjoy laa hampa..memang superb MasyaAllahhh


Jalan..jalan..jalan sampai laaa daratan :D Alhamdulillahh selamat semuanya. Dunia hiking ni bukan kira kau katang ka tak katang. Kekuatan mental tu lagi penting benonye. Mental tak kuat memang tak sampai peak. Ofkos la physical pon memang kena sihat kan. Jangan sesekali tanya bila nak sampai..jauh lagi ke..berapa minit lagiiii..JUST DON'T tanya macam tu. Koyakkkk mental woii.. haha Cuma layan ja step tu. Slowly slowly. Jangan lawan siapa sampai dulu..ingat pertandingan? haha


Kalau ada peluang memang nak repeat lagi. Tak menyesal datang CBL:) Ciptaan Tuhan tiada tandingan. Terima kasih kerana sudi membaca. Wassalam :)





Share
Tweet
Pin
No comments
Assalamualaikum


First entry aku nak cerita pasal terjah Pulau Langkawi. Alhamdulillah rezeki berkat dok kumpul duit padahal cuti sem 3 bulan tak kerja langsung!Muahahaha Orang kata kayaa..boleh la pi travel sana sini..hey soryy kalau kita nak sesuatu tu bukannya kena tunggu kaya baru nak p..salah okay! Kumpul duet la bila cukup baru p..ubah laa mind set tu ha..Okay kali ni aku nak cerita perjalanan kami 3hari 2 malam kat Langkawi Island ceywahhh haha


Day 1 Khamis 25.08.16

Kami pi 4 orang naik feri kat jeti Kuala Kedah. Harga tiket RM23.00 seorang. Kami naik pukul 9.30 pagi. Nak dijadikan cerita time kami p hujan weyhh apa lagi laut pon bergelora terok ! Gayat habes perut ni ha..kawan aku sorg dah collapse dah kat bilik air mabuk laut..kesian weh ! ahahaha aku pulak nampak kerusi bergerak, bukit bergerak pening punya pasal >< 


Perjalanan dari jeti Kuala Kedah-Pulau Langkawi ambil masa selama 1 Jam 30 minit. Kalau dari Kuala Perlis–Pulau Langkawi ambil masa selama 1 Jam 15 minit. Then sampai kami terus ambek kereta sewa pastu terus check in motel sebab kami semua dah pening macam apa lagi ! hahaha Ni ha aku kasi number telefon kereta sewa tu..murah sehari RM60 sajaa. 011 26554613(Wan) Untuk pengetahuan dekat Wan ni jugak ada buat pakej Island Hopping. Kami ambik pakej pulau kat dia laa :)


Motel pulak kami pilih dekat Kuah ja sebab nak dekat dengan terminal bot sebab nak pi island hopping! Hehe Joy Motel dekat sebelah HIG Group Hotel and Complexs. Tempat orang dok shopping coklat tu. Then rehat lepas zohor kami keluar ingat nak p bergambar kat Dataran Lang tu..tapi hujan tak leh nak buat apa la..so kami cari tempat indoor apa lagi masuk HIG Group tu la. Beli coklat buat santapan dalam keta haha. 


Lepastu kami bertolak pi Pantai Chenang walaupun tengah hujan. Takkan nak terperap kat bilik kot kan rugi la sewa kereta tu tak jalan! Huh Sampai Chenang memang hujan kami jalan gak tengok kedai-kedai tepi jalan tu. Best gak banyak barang-barang kan. Tambah-tambah kita perempuan lagi la suka window shopping walaupon tak beli tapi rasa puas! Kahkah You feel me right?


Lepastu malam kami bertolak balik ke Kuah nak dinner kat sana. Kami makan dekat Tirai Seafood. Sedap gila makan sini memang puas hati! Aku bagi 5 bintang haha Kedai ni dekat Kompleks Pekan Rabu straight sikit lepastu ambek kiri. Kedai dia kat belakang bangunan terminal nak pi island hopping tu. View kedai makan ni memang nampak laut la..perghh memang terbaik makan sambil ambil angin laut. Allahh memang nikmat..huuu Lepas makan balik motel and rest krohh krohh.


Day 2 Jumaat 26.08.16

Hari ke 2 kami ambil pakej island hopping pi 3 jenis pulau. Antaranya Pulau Beras Basah, Pulau Singa Besar dan Pulau Dayang Bunting. Harga pakej RM140. Antara 3 pulau ni paling best Pulau Dayang Bunting. Tak puas weyh dok sini. Bagi masa pon 1 jam jaa mana cukup nak berenang lagi..nak kayak lagi nak bergambaq lagi..guane boh? Hahaha 


Lepas ni kalau p lagi Langkawi aku nak pi Pulau Dayang Bunting ja. Spend time puas puas kat sini. Then dalam pukul 12.30 macam tu kami kena naik boat dah and kami la org last sekali naik boat wakakaka sabaq ja la tourist yang lain tunggu kami haha


Lupa nak cerita time kami naik boat pi 3 pulau ni cuaca hujan tau..Dah la boat laju merecik ayaq hujan ke muka perghh memamng sakit! Sabaq ja lah haha Sebab tu la kalau nak mai pulau kena pakai sunglass okayy Bila sampai dekat pulau mesti hujan pon berhenti. So tak panas..muka pon tak la burn sangat haha


Lepas balik dari island hopping, kami balik motel rest petang tu kami pi Cable Car Gunung Machincang. Harga tiket RM30 ringgit seorang. Jangan lupa bawak mykad nohhh. Pastu bila dah sampai puncak kabus tutup view..Kelabu ja keliling. Mendung sama tak berapa clear view. Tapi memang terbaik la kat atas ni. Sejuk nak bergambaq pon memang puas hati(walaupun tak Nampak hijau pokok) haha. Gambaq yang kami ambil semua ala ala macam dekat obersea dah winter punya musim kakaka



Ni view kat Gunung Machincang, walaupun kelabu kat atas, matahari ada laa muncul sikit-sikit



Then nak dekat maghrib jugak kami turun. Lepas solat maghrib semua kami off to Pantai Chenang memandangkan cuaca tak hujan. Kami cari kedai makan kat tepi pantai tu. Memang sedap and puas hati dengan harga tu. Aku tak ingat nama kafe apa entah kat situ. Aku makan nasi goreng Chenang. Perghh sedap wooo.


Lepas makan kami jalan kat tepi pantai bukak kasut. Memang best ambik angin laut. Dengaq deruan ombak memang music semulajadi ciptaan Allah. Lepastu kami baring kat pasir tengok langit dengan cuaca sejuk angin pantai memang terbaik! Lepak pulak dengan sahabat kita Allahhh memang nikmat dunia yang tak terkira! Alhamdulillah..Puas lepak terus balik ke motel then Zzzzzz haha


Day 3 Sabtu 27.08.16

Pagi pukul 8.30 kami dah check out motel. Lepas makan pagi kami terus ke Kompleks Pekan Rabu pi kat Pasaraya Rams shopping coklat kat sini. Katanya murah sikit dari HIG Group. Ada yang murah ada yang sama ja harga. So nak shopping coklat kat mana-mana pon sama jaa.


Habis shopping take time ambil gambaq kat jeti. View perghhh memang padu. Cuaca pulak panas elok hari ni. Puas bergambaq terus ke jeti beli tiket balik. Pukul 1 tengah hari kami bertolak balik. Yang pastinya laut tak bergelora. Tenang ja feri tu ha..Alhamdulillah



Tu ja lah trip terjah Langkawi kami. Ringkas ja trip tapi nature theraphy memang meresap kedalam jiwa ! haha Alhamdulillah..Bagi aku sapa yang pi under bajet-bajet, bawak dalam RM250 pon dah cukup. Lain la kalau hang gheja pa semua bawak la seribu pon kakaka..Okay tu ja dari aku..ada new post baca la lagi..Assalamualaikum!
Share
Tweet
Pin
No comments
Newer Posts

About me




Blogging is my hobby instead of staring at the codes everyday as I'm working as software engineer. Hope you enjoy my blog. Thank you for stopping by!

Categories

Beauty Bukit Berembun CBL Hair care Hiking CBL Jalan-jalan di Kedah kundal shampoo Pulau Cantik di Malaysia Pulau Langkawi Review Product

Popular Posts

  • My honest review: Kundal Honey & Macadamia Nature Shampoo- Baby Powder
  • Hiking CBL (Cemerong, Berembun, Langsir) Dungun, Terenggganu
  • My honest review: Lucido-L Argan Rich Oil (hair treatment oil rich moisture)

Blog Archive

  • December 2020 (1)
  • November 2020 (1)
  • September 2017 (1)
  • September 2016 (2)

Total Pageviews

Powered by Blogger.

Created with by themexpose | Distributed by Blogger Templates