Hiking CBL (Cemerong, Berembun, Langsir) Dungun, Terenggganu

by - September 10, 2016

Assalamualaikum


Entry kali ni aku cerita pasal hiking CBL tahun lepas. CBL antara gunung yang cantik kat Malaysia ni. Gunung kat sini banyak sungai yang cantik-cantik. Pencinta nature for sure suka hiking kat sini. CBL ni gunung yang first aku hike dan dari sini la aku terdedah dengan dunia hiking :') Lepastu melarat la after gunung ni..gunung tu pulak..haha Okay siap intro meh aku cerita perjalanan hiking, tips and apa-apa ja yang aku ingat. Haha



Day 1, 17 Sept 2015

Sebelum hiking, kami semua isi perut dulu dekat kedai makan kat base tu. Isi perut kenyang-kenyang terus start hike after Zohor. Bagi newbie macam aku time tu aku teruja sangat sebab tak pernah masuk hutan :') Jalan..jalan..jalan lagi sampai la dekat first air terjun tinggi tu. Subhanallah lawa betoi 

Air Terjun CBL

Sampai sini kami semua rest-rest jap, ambik gambaq apa semua dan teruskan perjalanan. Sebelum nak sampai basecamp tu kena lalu Bukit Taubat dulu. Allahhh mencanak ha naik! Memang kena guna tali. Kena hati-hati kalau dak tergolek la kau nakkk haha. Jalan lagi sampai lah ke first basecamp iaitu Kem Balak. Sampai pon dah nak dekat Maghrib. Kami bermalam dekat sini. Dekat kem balak ni ada sungai. Sungai jernih, sejuk, anak ikan banyak..TERBAEKK


Day 2, 18 Sept 2016

Pagi-pagi lagi dah bangun solat, mandi hmmmm sejuk sangat kira halal la hahaha After breakfast apa semua, teruskan lagi perjalanan nak ke Bukit Berembun. Tanda-tanda nak sampai peak, kita mesti jumpa pokok bonzai dulu. Tak tau bonzai macam mana? ni haa

Pokok bonzai hoii haha

Dah jumpa pokok bonzai for sure tak lama lepas tu kita akan jumpa peak Berembun. Tadaaa


Signboard ni sentiasa tunggu hampa..cepattttt !

Sampai peak Berembun kita jalan lagi pi dekat puncak air terjun Langsir. Sebelum sampai langsir jumpa dulu air terjun best-best. air terjun Jeram Lesung superb betoi. Allahh memang terbaik. Penat-penat bawak loads, penat jalan memang terubat bila jumpa air terjun ni. Apa lagi jom terjunnn !


Air Terjun Jeram Lesung

Dekat Jeram Lesung ni ada satu lubang macam kolam. Try la mandi situ. Guider cabar aku selam ke bawah ambek batu besaq. Aku try tapi mesti aku timbul balik sebab air tu lonjak keatas. hahahhaa kita memang takkan tenggelam tapi takut gak dekat bawah gelap(kalau bukak mata sambil selam nampak la gelap tu) hahaha. 


Puas mandi jalan sikit ja sampai puncak air terjun Langsir. Kat sini kami pacak khemah. Malam tu kami semua berkumpul cerita sejarah-sejarah CBL ni. Guider cerita sejarah Langsir tu. Sebenarnya bukan nama langsir pon. Actually Langsuir >< Sebab dulu memang benda tu berterbangan dekat situ. Dari kes ni la wujudnya nama tu. Macam mana pon kita as muslim kena sentiasa baca ayat pelindung diri. Penting tu. Jangan ingat nak seronok aje yee..


View Air Terjun Langsir..ni kuasa edit ni. Kalau depan mata memang terkesima 


Tidur sini memang sejuk sangattttt yak amatttt. Jangan lupa bawak baju tebal. Bagi gurls kita mudah kena symptom apa entah istilah dia..tak ingat. Symptom cepat kena sejuk. So pesanan dari aku JANGAN mandi waktu maghrib. Nanti tengah malam akan terjaga dan menggigil satu badan! Stokin kalau boleh banyak lapis pon tak pa. Tutup kepala dengan kain atau towel. Kalau ada sleeping bag dak ape dohhh. Take care yaa


Day 3, 19 Sept 2015

Last day pagi-pagi lagi kami dah start jalan. Time turun ni la nanti akan jumpa sungai yang viral sangat tu. Sungai Bangan. Orang Tranung panggil Sungai Bangang :D Dekat sini jangan la sampai-sampai terus terjun! take time dulu 5-10 minit, baru la terjun. Sebabnya air dia sejuk sangatttt. Badan kita kan peluh-peluh, penat lagi jangan terus terjun yaa. Nanti takut kita yang bengong kejap haha Enjoy laa hampa..memang superb MasyaAllahhh


Jalan..jalan..jalan sampai laaa daratan :D Alhamdulillahh selamat semuanya. Dunia hiking ni bukan kira kau katang ka tak katang. Kekuatan mental tu lagi penting benonye. Mental tak kuat memang tak sampai peak. Ofkos la physical pon memang kena sihat kan. Jangan sesekali tanya bila nak sampai..jauh lagi ke..berapa minit lagiiii..JUST DON'T tanya macam tu. Koyakkkk mental woii.. haha Cuma layan ja step tu. Slowly slowly. Jangan lawan siapa sampai dulu..ingat pertandingan? haha


Kalau ada peluang memang nak repeat lagi. Tak menyesal datang CBL:) Ciptaan Tuhan tiada tandingan. Terima kasih kerana sudi membaca. Wassalam :)





You May Also Like

0 comments