Tempat Menarik di Pulau Langkawi, Kedah
Assalamualaikum
First entry aku nak cerita pasal terjah Pulau Langkawi. Alhamdulillah rezeki berkat dok kumpul duit
padahal cuti sem 3 bulan tak kerja langsung!Muahahaha Orang kata kayaa..boleh
la pi travel sana sini..hey soryy kalau kita nak sesuatu tu bukannya kena
tunggu kaya baru nak p..salah okay! Kumpul duet la bila cukup baru p..ubah laa
mind set tu ha..Okay kali ni aku nak cerita perjalanan kami 3hari 2 malam kat
Langkawi Island ceywahhh haha
Day 1 Khamis
25.08.16
Kami pi 4
orang naik feri kat jeti Kuala Kedah. Harga tiket RM23.00 seorang. Kami naik
pukul 9.30 pagi. Nak dijadikan cerita time kami p hujan weyhh apa lagi laut pon
bergelora terok ! Gayat habes perut ni ha..kawan aku sorg dah collapse dah kat
bilik air mabuk laut..kesian weh ! ahahaha aku pulak nampak kerusi bergerak,
bukit bergerak pening punya pasal ><
Perjalanan dari jeti Kuala Kedah-Pulau Langkawi ambil masa selama 1 Jam 30 minit. Kalau dari Kuala Perlis–Pulau Langkawi ambil masa selama 1 Jam 15 minit. Then sampai
kami terus ambek kereta sewa pastu terus check in motel sebab kami semua dah
pening macam apa lagi ! hahaha Ni ha aku kasi number telefon kereta sewa
tu..murah sehari RM60 sajaa. 011 26554613(Wan) Untuk pengetahuan dekat Wan ni jugak ada buat pakej Island Hopping. Kami ambik pakej pulau kat dia laa :)
Motel pulak kami pilih dekat Kuah ja sebab nak
dekat dengan terminal bot sebab nak pi island hopping! Hehe Joy Motel dekat sebelah HIG Group Hotel and Complexs. Tempat orang dok shopping coklat
tu. Then rehat
lepas zohor kami keluar ingat nak p bergambar kat Dataran Lang tu..tapi hujan
tak leh nak buat apa la..so kami cari tempat indoor apa lagi masuk HIG Group tu
la. Beli coklat buat santapan dalam keta haha.
Lepastu kami bertolak pi Pantai
Chenang walaupun tengah hujan. Takkan nak terperap kat bilik kot kan rugi la
sewa kereta tu tak jalan! Huh Sampai Chenang memang hujan kami jalan gak tengok
kedai-kedai tepi jalan tu. Best gak banyak barang-barang kan. Tambah-tambah
kita perempuan lagi la suka window shopping walaupon tak beli tapi rasa puas!
Kahkah You feel me right?
Lepastu
malam kami bertolak balik ke Kuah nak dinner kat sana. Kami makan dekat Tirai
Seafood. Sedap gila makan sini memang puas hati! Aku bagi 5 bintang haha Kedai
ni dekat Kompleks Pekan Rabu straight sikit lepastu ambek kiri. Kedai dia kat
belakang bangunan terminal nak pi island hopping tu. View kedai makan ni memang
nampak laut la..perghh memang terbaik makan sambil ambil angin laut. Allahh
memang nikmat..huuu Lepas makan balik motel and rest krohh krohh.
Day 2 Jumaat
26.08.16
Hari ke 2
kami ambil pakej island hopping pi 3 jenis pulau. Antaranya Pulau Beras Basah,
Pulau Singa Besar dan Pulau Dayang Bunting. Harga pakej RM140. Antara 3 pulau
ni paling best Pulau Dayang Bunting. Tak puas weyh dok sini. Bagi masa pon 1
jam jaa mana cukup nak berenang lagi..nak kayak lagi nak bergambaq lagi..guane
boh? Hahaha
Lepas ni kalau p lagi Langkawi aku nak pi Pulau Dayang Bunting ja.
Spend time puas puas kat sini. Then dalam pukul 12.30 macam tu kami kena naik
boat dah and kami la org last sekali naik boat wakakaka sabaq ja la tourist
yang lain tunggu kami haha
Lupa nak
cerita time kami naik boat pi 3 pulau ni cuaca hujan tau..Dah la boat laju
merecik ayaq hujan ke muka perghh memamng sakit! Sabaq ja lah haha Sebab tu la kalau nak mai pulau kena pakai sunglass okayy Bila
sampai dekat pulau mesti hujan pon berhenti. So tak panas..muka pon tak la burn
sangat haha
Lepas balik
dari island hopping, kami balik motel rest petang tu kami pi Cable Car Gunung
Machincang. Harga tiket RM30 ringgit seorang. Jangan lupa bawak mykad nohhh.
Pastu bila dah sampai puncak kabus tutup view..Kelabu ja keliling. Mendung sama
tak berapa clear view. Tapi memang terbaik la kat atas ni. Sejuk nak bergambaq
pon memang puas hati(walaupun tak Nampak hijau pokok) haha. Gambaq yang kami
ambil semua ala ala macam dekat obersea dah winter punya musim kakaka
Ni view kat Gunung Machincang, walaupun kelabu kat atas, matahari ada laa muncul sikit-sikit
Then nak
dekat maghrib jugak kami turun. Lepas solat maghrib semua kami off to Pantai Chenang
memandangkan cuaca tak hujan. Kami cari kedai makan kat tepi pantai tu. Memang
sedap and puas hati dengan harga tu. Aku tak ingat nama kafe apa entah kat
situ. Aku makan nasi goreng Chenang. Perghh sedap wooo.
Lepas makan kami jalan
kat tepi pantai bukak kasut. Memang best ambik angin laut. Dengaq deruan ombak
memang music semulajadi ciptaan Allah. Lepastu kami baring kat pasir tengok
langit dengan cuaca sejuk angin pantai memang terbaik! Lepak pulak dengan
sahabat kita Allahhh memang nikmat dunia yang tak terkira! Alhamdulillah..Puas
lepak terus balik ke motel then Zzzzzz haha
Day 3 Sabtu
27.08.16
Pagi pukul
8.30 kami dah check out motel. Lepas makan pagi kami terus ke Kompleks Pekan
Rabu pi kat Pasaraya Rams shopping coklat kat sini. Katanya murah sikit dari
HIG Group. Ada yang murah ada yang sama ja harga. So nak shopping coklat kat
mana-mana pon sama jaa.
Habis shopping take time ambil gambaq kat jeti. View
perghhh memang padu. Cuaca pulak panas elok hari ni. Puas bergambaq terus ke
jeti beli tiket balik. Pukul 1 tengah hari kami bertolak balik. Yang pastinya
laut tak bergelora. Tenang ja feri tu ha..Alhamdulillah
Tu ja lah
trip terjah Langkawi kami. Ringkas ja trip tapi nature theraphy memang meresap
kedalam jiwa ! haha Alhamdulillah..Bagi aku sapa yang pi under bajet-bajet, bawak dalam RM250 pon dah cukup. Lain la kalau hang gheja pa semua bawak la seribu pon kakaka..Okay tu ja dari aku..ada new post baca la lagi..Assalamualaikum!
0 comments